i love him sooooo much

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
furqan birthday

Thursday, February 24, 2011

Pengalaman yang xakan kulupakan.....part 1

Alhamdulillah..ku bersyukur padaMu ya Allah,kini bermula fasa baru dalam kehidupanku yag dulunya hanya sebagai isteri dan kini bergelar ibu..

erm agak lama aku xjenguk blog nie last update pun tahun lepas ari nie dok buka2 blh lak lupa password hihihi,tp bila try semua password akhirnya dapat gak..buka2 jer blog terus jer nak menghupdate almaklum ar dah lama tinggal..actly bulan xnk update tp disebabkan mood agak kureng so malas ar nak buka blog..kat sini aku nak citer ar detik2 melahirkn ank aku nie,pengalaman pertama yang xakan kulupakan sampai bila2 pun..alkisahnya klu ikut due date aku furqan nie akan dilahirkan pada 27hb januari 20011,tp dengan izin Allah dipercepatkan hari kelahiran beliau...disebabkan due date lambat lg aku pun xplan ar nak amik cuti awal coz klu amik awal2 pun rugi jer lgpun aku mesti bosan duk umah,kebetulan lak sekolah aku tu seminggu sebelum budak masuk sekolah cikgu2 dah kene datang masa tu macam2 tugas yang diserahkan pada guru2 termasuk la aku yang baru ini..hihihi....macam2 tugas diserahkan termasuklah jadi guru kelas,dipendekkan cerita dua hari sebelum masuk sekolah diadakan sesi pendaftaran murid, aku pun terlibat untuk hari pendaftaran.masa nie aku dh mula rasa pergerakan dh xberapa selesa,lepas tu cepat penat,tp aku tetap bertahan juga.minggu pertama sesi persekolahan berkesempatan la juga aku masuk kelas dan mengajar seperti biasa,tp hari khamis aku terpaksa amik mc sebab kaki aku tetiba krem dan susah nk bangun,ari jumaat g sekolah seperti biasa,sabtu lak ada meeting,aku hadirkan diri biarpun dah mula rasa sakit2 perut,tepat kul 12 tghri aku dh mula xselesa terus jer call en hubby suh dia amik kat sekolah,en hubby sampai jer aku terus masuk dalam kereta,nk bcakap pun dh xlarat sebab dh sakit sangat,hubby ajak g klinik tp aku xnk coz masa tu kat kepala aku nak balik umah lpas tu nak baring sebabpinggang dah sakit sangat,nasib baik ar juga sekolah dengan rumah xjauh sangat,ktorg singgah beli nasi jer,sampai rumah aku terus baring nak makan pun xlarat,tp kalau xmakan sian lak bby dalam perut masa tu,nak xnk paksa diri juga nak makan baru la aku tidokn diri..bangun tido rasa lega lak sakit pun dah hilang plan nak g klinik terus jer cancel coz dah xsakit..ku sangkakan sakit hanya seketika jer alih2 kul 11 malam sakit datang kembali aku lak dah kerap g toilet,masa nie dah start risau takut2 gak terbersalin..hihihi tapi sakit tu dalam setengah jam jer pun kendian aku boleh tido macam biasa,kul 4pg aku terjaga lagi pergh perut sakit lagi,sakit still sama mcm mula2 sakit tghari tu tp setengah jam jer,rasa lega kembali sebb aku tau aku xbersalin lagi coz contraction xkerap..aku sambung tdo coz masih awal,tup2 kul 6 aku terjaga lagi sakit perut datang lagi,masa nie aku dh naik risau sesangat coz aku rasa mcam nak bersalin dh,aku usap2 perut sambil cakap2 dengan bby xbagi dia kuar masa tu,sambil menangis aku kejut en hubby,dia pun tolong usapkn perut n pujuk2 aku,ari tu juga hubby ajak aku g hospital,tapi sebeum g hospital aku ajak en hubby g breakfast kat restoran khulafa coz aku teringin nak minum kopi O,biasa klu g restoran tu aku akan order air susu+laici dengan roti naan cheese,tapi ari tu aku tetiba lak nak makan nasi berlaukkan sotong dengan air kopi O,seingat aku xpernah aku makan nasi pun kat situ tapi ari tu aku makan dengan penuh selera,erm baby kot yang nak..hihihi...selesai breakfast ktorg terus jer gerak g PPUM.

Pagi ahad (9.01.11) Setengah jam perjalan,akhirnya sampai juga ke destinasi,en hubby g parking kereta aku lak g jumpa guard kat sepital tu,guard tu suruh aku nek kat bahagian wad bersalin,disebabkan hubby xsampai lagi aku nek jer sensorang,sampai jer aku g jumpa nurse yang bertugas,setelah dsoal siasat nurse tu terus suh aku masuk wad n xblh balik..uwaaaaaaaaa..air mata dah mngalir dah masa tu,aku terus cal hubby,ghupernyer hubby dh ada kat luar,aku citer semua2 kat hubby sambil air mata dok mengalir laju,macam2 perasaan masa tu,almaklum ar aku nie first time masuk wad,seingat aku dr kecik sehinggalah besar panjang tu ar kali pertama kne masuk wad mau aku xnangis..kihkih..
Setelah berbincang dengan en hubby akhirnya aku pun redha ar duduk sepital masa tu,masuk jer dalam wad nurse suh tukar uniform sepital tu,aku dah masuk labour room coz nak chk,chek punya chek ghupernya dah buka 1cm,erm dalam pada risau tu suka gak coz dah ada tanda aku nak bersalin..disebabkan jalan dh buka apa lagi kne tahan ar kat sepital,nurse tu pun hantar ar aku kat wad menunggu,kul 2ptg aku dah kuar tanda darah seronok gak dengan harapan malam tu aku bersalin..first time tido kat sepital memang mata xblh lelap,mulut lak dok terkumat-kamit baca ar doa2 yang blh permudahkan untuk bersalin...

Hari senin (10.01.11) kul 8 pagi doktor datang chk laluan lagi tp baru buka 2cm,lepas tu doktor tu lak blh kata klu baby first memang lambat skit..dengan penuh kesabaran aku dok tunggu jer la..tapi start kul 10pg aku dh rasa contraction 10minit sekali,suka gak masa tu coz dah ada petanda dh nak bersalin dah,aku dah xsanggup duk sepital lelama,kul 12 ada doktor datang chk lg aku pun citer ar yang contraction dh kerap 10minit,doktor chk laluan lagi tapi still 2cm..aku dah nek risau sebb perut dah kerap sakit tp jalan lambat bula la pula..time subuh lak aku dah kuar tanda darah +lendir,kul 4pg lg aku dah jaga coz dah xboleh tido disebabkan sakit yang kerap..

Hari selasa (11.01.11) seperti biasa kul 8pg oktor akan datang chk,masa tu aku dah xtahan sangat dah,perut dah kerap mengeras,lepas mengeras sakit kat ari2 lak sampaikan doktor nak chk pun xblh coz contraction dah kuat sangat,doktor tu pun dok amik masa tunggu aku dah xsakit baru dia chk laluan,jalan dah buka 3cm doktor suruh staff dia hantar aku g labour room,aku pun dok siap2,call hubby suh datang sepital..8.45pg aku masuk labour room sakit lak bertambah kuat,masa tu ramai la pula doktor2 ngn nurse dok mengelilingi aku nasib baik ar semua perempuan...masa tengah sakit sangat doktor lak xsuh aku teran lagi,aduyaiii sedangkan masa tu aku dah xtahan dah,kendian datang ar sorang prof nie,dia chk laluan lagi kul 9.30 aku dah buka 4cm tapi problmnyer masa tu bby dah xkuat ntah ar mayb dah penat kot coz start pg senin lagi dah sakit.lepas tu dengar ar juga prof tu membebel kat staff dia,dia kata knaper ari senin tu xhantar aku nie masuk labour room sedangkan dalam report aku aku sendiri dah bgtau kat dktr yang dtg chk tu contraction aku dh kerap..masa tu kecoh gak la daam labour room,dalam pada menahan esakitan aku sempat gak dengar perbualan d org..aku pun dh nek risau sebab dengar doktor tu kata jantung baby dah xkuat..ntah aper yang d org bincangkan,lepas tu datang lak sorang doktor nie kat aku dia kata, "Pn kne czer nie coz jantung baby dh lemah",dengar jer dktr tu cakap macam tu aku rasa nak menjerit dah tp aku tahan dengan harapan semuanya selamat,tanpa berfikir panjang aku terus sign jer borang yang dia bg kat aku tu,masa tu aku dah xfikir dah apa nak jadi kat aku cuma yang aku harapkan baby selamat.Lepas sign borang tu terus jer aku kne hntr kat bilik operation,alhamdulillah tepat pukul 11.22pg aku dengar suara bby menangis,subahanallah rasa bersyukur sangat,airmata menitis dengan penuh kesyukuran...

alamak citer xabih lagi ar..nanti sambung lagi ek..baby dah nangis loooooooooooooooooorrrr..