InsyaAllah akan ada 2nd anniversary part4 lak..tunguuuuuuuuu..
ALHAMDULILLAH KU BERSYUKUR PADA MU YA ALLAH KERANA MENGURNIAKAN DAKU INSAN-INSAN YANG SANGAT MEMBAHAGIAKAN HIDUP INI..AMIN
Wednesday, December 14, 2011
2nd Anniversary Part 3
Ehem2..2nd anniverary nie macam best lak,sebabnyer banyak kali ktorg celebrate,nk wat camner cuti aku ngn en hubby xsama,so kami xdpt plan nk p bercuti...tp xper sbb hari2 kami blh celebrate cengini..cer kte layan pic kat bawah nie yer
sangat suka pandang camera
kami lagi la..hehe
ini ar menu yg jd santapan kami
kasih seorang anak

Tuesday, December 13, 2011
2nd Anniversary Part 2
Hari nie celebrate lg,tengah hari td en hubby ajak makan steamboat kat hotel uitm shah alam.seronok sangat sebab kali nie celebrate bertiga,last year furqan dalam perut lagi tapi kali nie dia join sekali,alhamdulillah...
3 of us
happy..hehe
sukanyer dia..
duduk dengan penuh bergaya gitu..
kami dah kenyang,nasib baik ada en suami tlg habiskan
Alhamdulillah sangat bersyukur pada Mu Ya Allah,semoga bahtera yang dibina bahagia hingga ke syurga..Amin...
Alhamdulillah sangat bersyukur pada Mu Ya Allah,semoga bahtera yang dibina bahagia hingga ke syurga..Amin...
2nd Anniversary Part 1
Alhamdulillah semalam 12122011 dah genap 2thn usia perkahwinan kami..sangat seronok coz dapat celebrate bersama family kat sabah,walaupun simple tapi happy..aku ngn en hubby xplan nak celebrate kat sana coz kebetulan hr yg sama ktorg balik kl..tp disebabkan flight kul 4.20 petang kami telah diraikan oleh adikku,kami dapat hadiah kek..

sesi potong kek
bersama family
Sunday, September 11, 2011
citer raya la pula...2011
Alhamdulillah,sangat seronok raya tahun nie sbb dh ada bby penambah seri..suka3x.erm tahun nie turn raya kat umah en hubby..kiranya pertama kali ar beraya d umah mertua coz last year kat sabah..bila fikir raya kat umah mertua mcm2 kat dalam kepala dok membayangkan camner ar raya kat sana,tp bila tiba hr raya memang syok ar..dua hari sebelum raya balik kg,dah sampai macam biasa ar,kemas bilik,kemas umah,pepagi lak mop lantai erm abih 1 umah aku mop..haha..
sehari sebelum raya,semua ipar2 balik kg,ktorg pun masak2,buat rendang,buat sup,bakar lemang,masak nasi impit,sangat meriah,malam lak sesi bakar mercun lg ar meriah..hehe..pagi raya macam biasa ar,siap2kan ank ngn en suami lepas tu salam2 cium2..haha,kendian sediakan sarapan sebelum g solat hr raya,tp aku x g ar coz kne jaga si kecil ini,dah semua siap baru ar siapkan diri sendiri,semnetara menunggu kepulangan en suami dr sembahyang,aku ngn kak ipar siapkn juadah untuk tetamu..Raya kat sini simple jer,dah semua balik dr masjid,ktorg pun makan2 lepas tu salam2..lepas tu tunggu ar sesaper yg dtg nk beraya,xder org nk dtg ktorg pun serbu umah jiran secara berjemaah..hehe,lepas tu g amik gambar studio,furqan sangat suka ar masa amik ga,bar,selesai amik gambar terus jer gerak kat masjid tanah umah cousin aku,biarpun xdpt balik beraya kat sabah tp sangat bersyukur sebab masih ada sedara kat sini..
hari raya kedua ktorg g beraya umah adk beradik en suami,gerak dr pagi sampai umah 10minit sblm kul 12am,hebat tul ktorg beraya..raya ketiga g area kg semua jer,beraya kat umah sedara yg dekat2 jer,kendian p umah mmbr aku kat kemus..raya keempat dah balik shah alam sebab takut jem..huhu..sampai umah mula baru ar nk mengemas aper2 yg patut n sambung buat kuih raya lg..haha..Haiya banyak jer nak story tp xsempat nk taip panjang sangat,furqan dh mula nk kaco,huhuhu,jom layan gambar jer la ek..
bersama cik inspira

Wednesday, March 2, 2011
Pengalaman yang xakan kulupakan.....part 2
ari nie kne taip cepat skit..coz baby dh kerap jaga..hehe..ok ar nak sambung citer ari tu la ek..lepas jer dengar suara bby hati rasa lega dan gumbira,dktr pula dok tengah jahit menjahitkn aku lagi..huhu..lpas semua siap aku pun kne hantar kat satu bilik nak panas kan bdan coz dok dalam bilik ooperation memang sangat sejuk sehinggal terketa-ketar aku d buatnya..dah lega skit nurse lak bwa la aku masuk kat wad masa tu bby nurse yang uruskan semua..sampai jer wad kaki still kebas lagi masa nie memang xblh nak bergerak sangat tp mulut aku stil boleh cakap banyak2..hahaha..en hubby lak duduk sebelah aku masa tu sakan menyembang dgn dia,kendian aku suruh hubby amik baby,bila nampak muka baby suka sangat rasa nak peluk2 jer tp aku ak xblh nak bergerak sangat,lgpun masa tu bby tengah tido lena..
Pukul 2ptg en hubby lak gerak baik melaka amik mak mertua,maka tinggal la aku sensorang,niat di hati nak tido tp mata xnak lelap sebab kepala rasa lapang sangat,aku rasa seolah-olah aku pun baru lahir masa tu.hihi..pukul 5ptg kak ipar ngn hubby dia datang melawat,kendian bestfrenz aku pn fiza lak dtg ngn hubby dia,xlama lepas tu ank buah hubby lak datang,last sekali mak mertua datang kul 7malam,tp dapat jumpa kejap jer pun coz waktu melawat kejap jer...
Walaupun dah malam tapi aku still xblh nak tido,bila dengar suara baby menagis hati aku berdebar-debar,risau ank aku yang menangis,nak suruh nurse letak sebelah aku pun xblh juga coz klu baby nangis aku xdpt nak bangun n pangku dia coz kaki kebas lagi,masa tu sedih juga rindu kat baby,malam tu memang aku tido2 ayam jer..kul 5 pagi aku dah terjaga,kebetulan ada lak nurse datang kejutkan bagi ubat n suruh makan ubat tu,disebabkan hati dha xtahan sangat aku suruh nurse tu hantar bby kat aku..nasib baik ler nurse tu ok jer,dia bagi baby n letak sebelah aku,masa tu aku terus mnyusukan dia,subahanaAllah xsukar bgi aku untuk mnyusukan dia,coz bagi jer baby terus hisap..kul 8 pagi aku terasa nak buang air besar,lepas tu nurse xbagi jalan tp aku rasa kaki dah xkebas kepala lak xpening so dia pun tanggalkan segala alat2 yg ada kat badan aku,aku pun gerak perlahan-lahan.pukul 9 doktor datang nak chk perut aku,le[as dia tekan2 n korek semua dah ok...tp yang sedihnyer xblh balik ari tu kne tggu lg keadaan baby n aku,klu semua dah ok baru blh kuar.
Lepas jer doktor chk,aku suruh nurse letak baby kat sisi aku,ari tu seharian ar aku uruskan baby,alhamdulillah nasib baik aku xpening aku blh urus baby macam biasa,rasa macam dah lama lak aku bersalin..hihi..petang tu nurse nak amik baby,tp aku cakap kat nurse biarlah bby tido dngn aku lagipun aku rasa dah masa tu,nurse amik just nak mandikan bby jer lepas tu dia hantar semula kat aku...Malam tu bermula la episod aku tido bersama baby,rasa macam xpercaya jer tp itulahketentuan dariNya..masa dalam wad tu aku duduk berempat dengan ibu2 yang baru bersalin,malam tu memang meriah kejap2 dengar suara baby menangis..tapi lain pula dengan anak aku nie,menangis kejap jer,aku dok tepuk2 n bagi susu dia senyap ar,lepas tu aku dok cakap2 kat dia "furqan jangan nangis2 tau,umi xsihat,umi xkuat nie,esok kte balik umah"lepas jer aku cakap macam tu kat dia mata dia dok terkebil-kebil pandang aku,seolah-olah dia faham apa yang aku bgtau kat dia,aku lak tetiba menangis coz terharu tengo ank sendiri yang sangat memahami..masa tu dia berjaga ar juga tp xmenangis just merengek skit sbb nak susu,tp yang kelakarnyer masa dia tengah mnyusu bila dengar bby lain menangis dia terus stop mnyusu, tp bila bby tu dah stop menangis dia pun sambung mnyusu lagi..hihi..Alhamdulillah semalaman bersama dia xder la aku risau sangat coz dia xbnyk merengek...Pepagi jer nurse dah bagi air untuk lapkan baby,masa tu nurse kata klu nak suruh d org buatkan pun boleh,tp aku nak gak wat sendiri.rasa seronok lak dapat menguruskan ank sendiri..
Pukul 9pg doktor datang chk lagi,lepas tu dia kata ktorg dah boleh kuar ari tu,,aku sangat la gembira saat yang aku tunggu tu kuar sepital,aku nie memang xtahan duk dalam sepital..hihi..aku terus jer call hubby suh dia datang amik ktorg,lepas call aku terus kemas2 apa2 yang patut..anak aku pun macam tau2 jer boleh baik ari tu dia xbnyk songeh dok tido jer,jaga pun sebab nak susu jer..pukul 12tghri en hubby dtg,settlekan aper2 yang patut lepas tu kul 1 ktorg pun secara rasminya meninggalkan sepital itu..hihi..bahagia rasanya bila dah sampai umah...Demikian ar cerita dari awal kemasukan ke sepital sehinggalah keluar dengan selamatnya..next entry citer lain lak ek...wassalam..
Thursday, February 24, 2011
Pengalaman yang xakan kulupakan.....part 1
Alhamdulillah..ku bersyukur padaMu ya Allah,kini bermula fasa baru dalam kehidupanku yag dulunya hanya sebagai isteri dan kini bergelar ibu..
erm agak lama aku xjenguk blog nie last update pun tahun lepas ari nie dok buka2 blh lak lupa password hihihi,tp bila try semua password akhirnya dapat gak..buka2 jer blog terus jer nak menghupdate almaklum ar dah lama tinggal..actly bulan xnk update tp disebabkan mood agak kureng so malas ar nak buka blog..kat sini aku nak citer ar detik2 melahirkn ank aku nie,pengalaman pertama yang xakan kulupakan sampai bila2 pun..alkisahnya klu ikut due date aku furqan nie akan dilahirkan pada 27hb januari 20011,tp dengan izin Allah dipercepatkan hari kelahiran beliau...disebabkan due date lambat lg aku pun xplan ar nak amik cuti awal coz klu amik awal2 pun rugi jer lgpun aku mesti bosan duk umah,kebetulan lak sekolah aku tu seminggu sebelum budak masuk sekolah cikgu2 dah kene datang masa tu macam2 tugas yang diserahkan pada guru2 termasuk la aku yang baru ini..hihihi....macam2 tugas diserahkan termasuklah jadi guru kelas,dipendekkan cerita dua hari sebelum masuk sekolah diadakan sesi pendaftaran murid, aku pun terlibat untuk hari pendaftaran.masa nie aku dh mula rasa pergerakan dh xberapa selesa,lepas tu cepat penat,tp aku tetap bertahan juga.minggu pertama sesi persekolahan berkesempatan la juga aku masuk kelas dan mengajar seperti biasa,tp hari khamis aku terpaksa amik mc sebab kaki aku tetiba krem dan susah nk bangun,ari jumaat g sekolah seperti biasa,sabtu lak ada meeting,aku hadirkan diri biarpun dah mula rasa sakit2 perut,tepat kul 12 tghri aku dh mula xselesa terus jer call en hubby suh dia amik kat sekolah,en hubby sampai jer aku terus masuk dalam kereta,nk bcakap pun dh xlarat sebab dh sakit sangat,hubby ajak g klinik tp aku xnk coz masa tu kat kepala aku nak balik umah lpas tu nak baring sebabpinggang dah sakit sangat,nasib baik ar juga sekolah dengan rumah xjauh sangat,ktorg singgah beli nasi jer,sampai rumah aku terus baring nak makan pun xlarat,tp kalau xmakan sian lak bby dalam perut masa tu,nak xnk paksa diri juga nak makan baru la aku tidokn diri..bangun tido rasa lega lak sakit pun dah hilang plan nak g klinik terus jer cancel coz dah xsakit..ku sangkakan sakit hanya seketika jer alih2 kul 11 malam sakit datang kembali aku lak dah kerap g toilet,masa nie dah start risau takut2 gak terbersalin..hihihi tapi sakit tu dalam setengah jam jer pun kendian aku boleh tido macam biasa,kul 4pg aku terjaga lagi pergh perut sakit lagi,sakit still sama mcm mula2 sakit tghari tu tp setengah jam jer,rasa lega kembali sebb aku tau aku xbersalin lagi coz contraction xkerap..aku sambung tdo coz masih awal,tup2 kul 6 aku terjaga lagi sakit perut datang lagi,masa nie aku dh naik risau sesangat coz aku rasa mcam nak bersalin dh,aku usap2 perut sambil cakap2 dengan bby xbagi dia kuar masa tu,sambil menangis aku kejut en hubby,dia pun tolong usapkn perut n pujuk2 aku,ari tu juga hubby ajak aku g hospital,tapi sebeum g hospital aku ajak en hubby g breakfast kat restoran khulafa coz aku teringin nak minum kopi O,biasa klu g restoran tu aku akan order air susu+laici dengan roti naan cheese,tapi ari tu aku tetiba lak nak makan nasi berlaukkan sotong dengan air kopi O,seingat aku xpernah aku makan nasi pun kat situ tapi ari tu aku makan dengan penuh selera,erm baby kot yang nak..hihihi...selesai breakfast ktorg terus jer gerak g PPUM.
Pagi ahad (9.01.11) Setengah jam perjalan,akhirnya sampai juga ke destinasi,en hubby g parking kereta aku lak g jumpa guard kat sepital tu,guard tu suruh aku nek kat bahagian wad bersalin,disebabkan hubby xsampai lagi aku nek jer sensorang,sampai jer aku g jumpa nurse yang bertugas,setelah dsoal siasat nurse tu terus suh aku masuk wad n xblh balik..uwaaaaaaaaa..air mata dah mngalir dah masa tu,aku terus cal hubby,ghupernyer hubby dh ada kat luar,aku citer semua2 kat hubby sambil air mata dok mengalir laju,macam2 perasaan masa tu,almaklum ar aku nie first time masuk wad,seingat aku dr kecik sehinggalah besar panjang tu ar kali pertama kne masuk wad mau aku xnangis..kihkih..
Setelah berbincang dengan en hubby akhirnya aku pun redha ar duduk sepital masa tu,masuk jer dalam wad nurse suh tukar uniform sepital tu,aku dah masuk labour room coz nak chk,chek punya chek ghupernya dah buka 1cm,erm dalam pada risau tu suka gak coz dah ada tanda aku nak bersalin..disebabkan jalan dh buka apa lagi kne tahan ar kat sepital,nurse tu pun hantar ar aku kat wad menunggu,kul 2ptg aku dah kuar tanda darah seronok gak dengan harapan malam tu aku bersalin..first time tido kat sepital memang mata xblh lelap,mulut lak dok terkumat-kamit baca ar doa2 yang blh permudahkan untuk bersalin...
Hari senin (10.01.11) kul 8 pagi doktor datang chk laluan lagi tp baru buka 2cm,lepas tu doktor tu lak blh kata klu baby first memang lambat skit..dengan penuh kesabaran aku dok tunggu jer la..tapi start kul 10pg aku dh rasa contraction 10minit sekali,suka gak masa tu coz dah ada petanda dh nak bersalin dah,aku dah xsanggup duk sepital lelama,kul 12 ada doktor datang chk lg aku pun citer ar yang contraction dh kerap 10minit,doktor chk laluan lagi tapi still 2cm..aku dah nek risau sebb perut dah kerap sakit tp jalan lambat bula la pula..time subuh lak aku dah kuar tanda darah +lendir,kul 4pg lg aku dah jaga coz dah xboleh tido disebabkan sakit yang kerap..
Hari selasa (11.01.11) seperti biasa kul 8pg oktor akan datang chk,masa tu aku dah xtahan sangat dah,perut dah kerap mengeras,lepas mengeras sakit kat ari2 lak sampaikan doktor nak chk pun xblh coz contraction dah kuat sangat,doktor tu pun dok amik masa tunggu aku dah xsakit baru dia chk laluan,jalan dah buka 3cm doktor suruh staff dia hantar aku g labour room,aku pun dok siap2,call hubby suh datang sepital..8.45pg aku masuk labour room sakit lak bertambah kuat,masa tu ramai la pula doktor2 ngn nurse dok mengelilingi aku nasib baik ar semua perempuan...masa tengah sakit sangat doktor lak xsuh aku teran lagi,aduyaiii sedangkan masa tu aku dah xtahan dah,kendian datang ar sorang prof nie,dia chk laluan lagi kul 9.30 aku dah buka 4cm tapi problmnyer masa tu bby dah xkuat ntah ar mayb dah penat kot coz start pg senin lagi dah sakit.lepas tu dengar ar juga prof tu membebel kat staff dia,dia kata knaper ari senin tu xhantar aku nie masuk labour room sedangkan dalam report aku aku sendiri dah bgtau kat dktr yang dtg chk tu contraction aku dh kerap..masa tu kecoh gak la daam labour room,dalam pada menahan esakitan aku sempat gak dengar perbualan d org..aku pun dh nek risau sebab dengar doktor tu kata jantung baby dah xkuat..ntah aper yang d org bincangkan,lepas tu datang lak sorang doktor nie kat aku dia kata, "Pn kne czer nie coz jantung baby dh lemah",dengar jer dktr tu cakap macam tu aku rasa nak menjerit dah tp aku tahan dengan harapan semuanya selamat,tanpa berfikir panjang aku terus sign jer borang yang dia bg kat aku tu,masa tu aku dah xfikir dah apa nak jadi kat aku cuma yang aku harapkan baby selamat.Lepas sign borang tu terus jer aku kne hntr kat bilik operation,alhamdulillah tepat pukul 11.22pg aku dengar suara bby menangis,subahanallah rasa bersyukur sangat,airmata menitis dengan penuh kesyukuran...
alamak citer xabih lagi ar..nanti sambung lagi ek..baby dah nangis loooooooooooooooooorrrr..
Sunday, December 12, 2010
First Anniversary-121210..
Alhamdulillah pejam celik terasa cepat masa berlalu..ari ini genap setahun aku bergelar isteri..terlalu banyak pengalaman yang tercipta sepanjang hidup bersama...Aku sangat bersyukur kerana diberi kerana dipertemukan dengan hamba Allah yang amat memahami diriku..kini kami hanya menanti saat bergelar ibu dan ayah kepada bayi yang bakal dilahirkan,semoga dipermudahkan segalanya..amin..
Pertama kali nak meraikan ulang tahun perkahwinan,pada mulanya ada ar juga ktorg nak rancang p kat tempat yang best,tp dua hari sebelum anniversary badan aku xberapa nak sihat,ntah la mayb bawaan baby kot,badan aku jadi lemah lepas tu xder selera nak makan,en hubby lak dok tanya aku nak makan apa,tekak aku tetap xleh nk telan apa2 pun melainkan minum air kosong ngn minum anmum,tu jer la yang aku telan lepas tu makan biskut kering.Biarpun x g bercuti ke mana-mana tp en hubby amik keputusan ajak p sunway pyramid..biarpun badan xberapa nak larat aku tetap gagahkan juga diri nak g,coz xnk menghampakan en hubby..perjalanan ke sunway dr umah xar jauh mana pun,cuma bila dh sampai sunway hampir sejam ktorg cari parking erm masa tu menguji kesabaran juga ar lg2 perut dah lapar..hehe..berkat kesabaran mencari akhirnya dapat ar juga tempat parking..Sampai jer ktorg terus cari secret recipe,pergh masa tu memang dh lapar..nie ar antara menu2 yang aku order masa tu..hehe
ice cream..yummy..abih aku makan
abih jer makan ktorg terus masuk JJ.erm macam biasa ar hjng thn bnyk sale,so g la cuci2 mata..tp yg kelakarnyer masa nk masuk JJ baby sakan la pula dok menendang,erm mcm dia tau jer kat sana ada barang untuk dia..hehe..tengah2 jalan terus jer g area barang baby..lg sakan la pula dia menendang,aku n hubby dok gelak jer coz ktorg dh tau taktik baby nie,klu masuk shopping kompleks jer memang dia tau pasti ada brg untuk dia yang akan ktorg belikan..usha punya usha akhirnya memang dapat ar juga barang untuk baby,dah dapat barang dia baru slow skit dia karate perut aku..hehe..kuar JJ ktorg dok jalan2 pusing2,alih2 aku pun dh start pening2 kendian ajak en hubby balik..sampai umah memang aku tido coz rasa badan penat sangat ar pula...aper pun aku sangat bersyukur terlalu banyak yang aku pelajari sejak bergelar ister..Hadiah???erm kali nie dua2 dapat hadiah hndset..hehe,tp hadiah yang paling berharga buat kami baby dalam perut nie..semoga baby sihat selalu...terima kasih suamiku..I love you sooooooo much.......semoga jodoh kita kekal hingga ke akhir hayat...Amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)